Monday, November 14, 2011
Bring me for medical check up, PLEASE!
Sunday, November 13, 2011
Saturday, October 29, 2011
Single LADIES
She was my roommate while i was in matriculation centre in 2003. We never meet after she graduated in 2008 (she graduated earlier than me ha). We met again somewhere in Mac or April this year, coincidently in Kajang and changing our telephone no. Today, i called her since i am in Kajang thinking that we may have a drink together. Guess what she told me? She wanna go try her wedding dress, wow! I was shocking for a moment...
I remember she told me during our meeting in Mac or April that she still not meet her life partner, a single person who got nobody in her list. She did not has any male friend or acquaintance who eligible to become a husband, particularly because she was surrounded by married guys/somebody's fiance or bf....she even dun has any love story to tell us during our days in campus, because she never fall in love. She also got no puppy love experience while she was a school girl.
Then in May 2011 she met the guy and they decided to get married (wah...she met him just after we met ha!). They make the decision quite fast eh.
So this is my point...It is true that we dun need a year or years to settledown when we meet a right one. The one Allah has created for us.
Nowadays she was busy with the wedding prep. I dun have the opportunity to go drink with her, but this is such an awaken news for me.
I wanna share this story to my single older sister, my single friends and all single ladies out there. Be happy ladies,dun stress out whenever peeps asking why u still single at this age? Come on babe...it's nothing wrong to live alone. It's good also we learn to be independent. Hey ya...we have reasonable income so why need to be worried. Hey lads, we still young la. Age is nothing, because our hearts are charming. Believe lads, because Allah has promised good rewards for those who obeyed Him.
As for the friend, I pray for her happiness. I am looking forward for her wedding invitation in February next year. May Allah makes it easy for her and the guy .
Wednesday, August 10, 2011
saya + TRAVEL
Dulu masa masih study saya cuma pergi rombongan, or dengan famili saya.
Tempat saya pernah lawati yang saya ingat la adalah berikut:
1990 = Pulau Pinang (famili trip - saya ingat sebab ada gambar)
1991 = Melaka (rombongan Tadika)
19xx = Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Kedah (famili trip - saya ingat sebab adik saya beli kapal terbang mainan besar)
2000 = Melaka (famili trip), Kelantan, Terangganu (Rombongan sekolah)
2004 = Kota Kinabalu, Sabah (famili trip)
2007 = Muar, Johor (Program Kampus), Terengganu (Cycling Trip)
2008 = Cherating (famili trip)
2009 = Langkawi (kawan kampus + x-officemate)
2010 = Bandung, Indonesia (kawan kampus + x-officemate), Pulau Redang, T'ganu (Kwn kampus + kwn sekolah menengah), Kemaman, T'ganu (1 day biz trip)Penang (2 kali pada tahun tu; 1 family trip, 1 x-officemate)
2011 = bermula episod biz trip saya. Dalam 7 bulan berkerja ni saya dah pergi Penang, Johor, Kelantan, Perak, Labuan, Sarawak, Perlis).
So, saya plan mahu pergi tempat ini:
Singapore - 2011
Hatyai - 2011
kelantan - 2011 (kakak saya nak experience naik train, pastu dia nak beli batik)
Jakarta - tiket flight sudah booking untuk tahun 2012
Korea - expected 2013 kerana mak saya cakap kena tunggu adik saya habis SPM. Kami dah janji ini famili trip, so kena simpan trip ni.
China or Hong Kong - Mesti mahu pergi, ada tengok pakej menarik Airasia (saya mesti simpan duit!)
Toronto, Canada - expected 20xx (destinasi impian saya. Saya nak simpan duit nak pergi ke tempat ini)
Madinah & Makkah - Saya harap saya dapat ziarah sebelum antara umur 32 ke 45 tahun (beramallah wahai diriku ini, dan simpanlah wangmu...amin)
Saya tulis di sini supaya beri saya inspirasi....Iye...saya mesti kerja kuat!!!!nyeeeee =)
How time PAST...
Lamanyela kan saya tak tulis apa2 kat sini...reasonnya; saya busy + saya malas...muahahahha
Hurm...sekarang bulan Ramadhan. Tahun yang berbeza sikit. Pasal tak ada yang menunggu saya buka puasa bersama. Tahun2 lepas, begini keadaan saya:
Sebelum 1998 = Sentiasa bersama famili (kadang2 kakak or abang tak ada sebab mereka bersekolah asrama)
1998-2002 = Asrama SMKZ (masih ingat berjalan ke baazar tahun 2002 dengan kawan2 bulan puasa semasa minggu exam SPM), weekend balik rumah berbuka dengan family.
2003-2008 = My campus life (berbuka dengan roommate or classmate, beli makanan di baazar), weekend dengan famili.
2009-2010 = Saya dah mula bekerja, jadi berbuka dengan kawan2 satu office (kami muda2 & single, jadi memang sama2 selalu berbuka), weekend dengan famili.
tahun ini...2011 = saya berbuka beberapa hari, kalau ada plan sahaja dengan officemate, x-officemate, kawan kampus, famili semasa weekend...selebihnya saya tak perlu pikir, sebab saya sorang saja dan tak perlu ambil peduli kalau menu buka puasa saya sedap ke tak. Saya pun tak berminat lagi ke bazaar ramadan. Saya tak kisah lagi makan apa sahaja yang sempat. Nampaknya saya tak kisah juga kalau tahun ini saya balik lambat. Sebab balik awal macam company bagi pun tetap jalan tu jam juga.....
Teraweh tak lagi seronok seperti dulu..saya suka semasa saya di hostel dan di kampus dulu...bila sama2 dengan kawan2 saya ke masjid....
Hurm...saya masih happy dengan life saya...cuma saya sedang melalui fasa "alone = easy+comfortable".
Hehehe...hidup saya masih okey.bila balik kampung mak & kakak2 saya masak sedap...macam2 masakan ada...macam buffet pun ada. Ada puding karamel, lopeh, cucur udang, mee bandung, Pie Tee, popiah, yer....sushi pun ada.....dan macam2 lagi..seronok!
Dan dengan kawan2...buka di Dangau Rumbia masakan kampung, MFM, Seoul Garden, Food Court Sogo pun jugak tau....
Time past...itulah fact yang saya kena terima. Saya yang selalu dikelilingi orang2 nih memang susah sikit bila terpaksa tinggal sorang =)
Wednesday, June 1, 2011
I thought it FUN...
1) I just dun feel like writing anymore...yeah...it's really me...forget things easily...!
2) I was sooo damn busy...(elehhh..macam la busy sangat!!!)
3) My father was hospitalised last month...i & my family were busy visiting the hospital
4) Outstation job. Remember my job requires me to travel quite a lot ya!
5) I got lots of wedding invitation so i attended them whenever possible..hehe
6) I hangout with friends tooo
5) No internet connection. Well...when i went back hometown, i dun have access to the cyberworld.
In conclusion, i like to find excuses only. I am not a hardworking employee. I am not so damn obidient daughter. I just thought that i was busy. I thought my life is full already....
Now...here I am...being abandoned at my hotel room...in a place which i am not familiar...is this a life which i wanted the most?
Tuesday, April 12, 2011
TERKENA juga!
SAME place
Monday, April 11, 2011
PI mai pi mai tang tu
Sunday, April 10, 2011
KEDUA Kalinya
Friday, April 8, 2011
DAY off
Balik ke rumah sewa, saya kemaskan baju2 dan barang untuk outstation ke-2 saya dan akan bertolak Ahad nanti. Ok saya mahu ke rumah kakak saya di Kajang sekarang. Tidur di sana malam ini dan esok.
BALIK Rumah
Saya juga teringin makan durian kerana terliur melihat buah-buahan itu yang dijual di perhentian rehat di highway semasa perjalanan pulang dari Penang. Tambahan pula semasa di Penang kawan2 asyik bercakap soal makan durian.
Saturday, April 2, 2011
FIRST Outstation
Penang memang terkenal dengan tempat2 makan. Walaupun saya bukan peminat nasi kandar, tapi saya memang cadangkan anda kunjungi 1) Line Clear 2) Nasi Kandar Beratur 3) Kassim Mustaffa. Cuba juga makan sup di retaurant Sup Hameed di Penang Road yang terkenal itu ya. Saya hampir pitam keesokkan hari kerana makan sup kambing. Huh dah tahu tak boleh makan, kenapalah saya makan ya? Kalau nak makan pasembur dan Kuey Teow pergilah ke Padang Kota ataupun ke Jalan Gurney. Jangan lupa cuba Mee Sotong dan Ais Kacang. Ada lagi tempat2 lain yang saya tidak ingat nama kedai dan tempatnya. Gambar di bawah adalah menu roti Nan Cheese ayam tandoori di 1 kedai yang client belanja saya dan kawan2 sekerja makan. Saya tak ingat di mana tetapi ianya terkenal dengan briyani claypot dan roti nan. Kalau tak silap saya ianya restaurant Kapitan di Chulia Street. Sedap sekali!
Kalau hendak beli barang2 silalah ke Queensbay Mall, Plaza Gurney, Bukit Jambul dan Night Market. Anda juga boleh membeli sari dan rempah atus di jalan2 sekitar yang mungkin dikenali sebagai Little india. Boleh juga anda beli buah-buahan jeruk Pak Ali yang saya tidak tahu di mana. Maafla, saya tidak ingat. Kunjungi juga Hard Rock ya. Saya ke Hard Rock hanya untuk ambil gambar saja semasa ke Penang December lepas hehe.
Tapi kali ini perjalanan lain sedikit dari kunjungan sebelumnya kerana saya suka sekali dengan struktur bangunan2 lama era British di Penang. Ini kerana saya dapat melihat pemandangan unik semasa saya berjalan kaki untuk keluar lunch dengan kawan2 sekerja kerja saya di lokasi kami, Tanjung Bungah. Bangunan restaurant Subway putih dan hijau memang cantik. Bangunan Standard Chartered juga saya suka. Tapi saya tidak ambil banyak gambar. Yang dapat saya ambil adalah bangunan sebelah office kami iaitu di bawah ini:
Best memang best, macam berjalan di Perth, London dan Russia hahahahah...Tapi nampaknya Isnin depan lebih best kerana kenalah saya bersungguh-sungguh siapkan kerja2 di office nanti. Sekian.
SEDAP ikan bakar
Sunday, March 27, 2011
BUKIT Cerakah, Shah Alam


Friday, March 25, 2011
LIFE is great...

Monday, March 21, 2011
BETTER Tomorrow

Sunday, March 20, 2011
FINDING new housemate

Saya sudah menghuni di rumah sewa ini selama 2 tahun. Ianya rumah flat 5 tingkat yang tidak mempunyai lift. Rumah yang saya huni di tingkat 4. Mak saya yang kadang2 berkunjung ke mari selalu terpaksa berhenti berehat sebentar di tingkat ke-2 atau ke-3 kerana terlalu tinggi baginya yang berumur hampir 60 tahun itu.
Saturday, March 19, 2011
RUMAHKU syurgaku
Rumah Kami
Saya tidak mempunyai memori tentang keadaan rumah saya yang asal pada mula2 Ayah dan Mak berpindah. Rumah standard yang pihak Felda sediakan. Tetapi melihat rumah jiran sebelah rumah saya, saya dapat bayangkan.
Rumah hadapan kami sama – ianya sebuah rumah papan berbumbung asbestos. Ianya mempunyai 1 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 bahagian dapur kecil, dan bahagian beranda kecil yang lantainya berlubang2. Owh itu bukan lubang2 bocor ya, tetapi papannya di susun jarak2. Cuma bahagian dapur rumah papan itu bukanlah dapur kami lagi, tetapi telah menjadi bahagian bilik. Dapur kami adalah sebuah rumah separa papan, separa batu, lantainya simen, berbumbung zink. Ada juga ruang makan yang agak luas. Saya dengar ruang tambahan yang Ayah bina itu dengan duit hasil jualan rumah lama di Kuala Lumpur dahulu. Maknanya semenjak saya mengenali dunia, mempunyai memori tentang rumah kami, memang telah ada ruang itu.
Saya ingat tentang ruang tambahan beratap zink dan rumah asal standard Felda . Ketika waktu hujan lebat kami akan tadahkan air dengan besen kerana bumbung bocor.
Bilik air juga di dalam rumah, tidak seperti mula2 mereka berpindah bilik air di luar rumah. Mungkin itu bilik air standard Felda sediakan. Bilik air jiran saya masih juga diluar, jadi saya tahu bentuk asalnya. Malah tapak bilik air yang mula2 itu pun masih ada di bahagian luar tepi rumah kami. Tapak lama itu lantai simen sahaja ya, tidak ada dinding ataupun batang paip lagi. Tandas, ataupun Jamban masih diluar rumah, di bahagian belakang. Jamban itu dindingnya papan, dan tidak ada kunci bahagian dalam. Tetapi memang pintunya tidak akan terbuka kalau tidak ada ada orang yang membukanya. Pintu itu papan yang berat, dan sentiasa rapat. Bekalan air pun tidak ada di jamban. Jadi kami kenalah mengangkut baldi air sendiri dari bilik air di dalam rumah. Kalau malam tiba, memang agak seram hendak pergi sendiri menunaikan hajat. Jarak dari dapur rumah kira2 10 meter sahaja, tetapi gelap.
Bekalan Elektrik
Bekalan air memang telah sedia ada di Felda awal2 lagi. Bagaimanapun, bekalan elektrik wujud ketika saya di sekolah rendah. Mungkin ketika saya berumur 7 atau 8 tahun.
Sebelum wujudnya bekalan elektrik, saya masih ingat Ayah akan nyalakan lampu gasoline setiap hari apabila menjelang maghrib. Semasa hari Ahad pula Mak akan membakar tempurung sampai menjadi bara lalu diisikan ke dalam seterika besi untuk menyerika baju sekolah kami adik beradik. Kakak dan Abang saya menyiapkan kerja sekolah pada malam hari diterangi cahaya pelita dan lampu gasoline. Saya tidak ingat adakah saya juga sempat merasai menyiapkan kerja sekolah di dalam cahaya pelita atau pun lampu gasoline. Tapi saya ingat ketika berumur 6 tahun semasa saya mandi dan bersiap untuk ke sekolah Tadika memang dalam cahaya pelita dan lampu gasoline. Untuk menonton telivesyen hitam-putih pula, ianya dicaskan dengan bateri air. Kalau hampir habis kuasa bateri itu, siaran akan terganggu sehingga tamat terus. Kami akan dapat menonton apabila Ayah mengisi air bateri di daerah Felda sebelah. Saya selalu mengikut Ayah dengan duduk di depan kerusi depan motorsikal. Kebiasaannya saya duduk didalam bakul motorsikal, tetapi itu diletakkan dengan bateri. Jikalau Abang juga mahu mengikut Ayah, kami berdua akan duduk dibelakang Ayah – bahagian belakang motorsikal.
Talian Telefon
Talian tetap telefon di rumah2 pula wujud kira2 saya berumur 10 atau 11 tahun. Sebelum wujudnya talian telefon, Ayah dan Mak akan menaiki motorsikal (dengan diikuti saya pastinya) ke Gatcho, iaitu pekan kecil yang dihuni kaum India yang perjalanannya selama lebih setengah jam untuk menggunakan perkhidmatan telefon. Ketika itu Kakak saya telah bersekolah menenah di asrama di Seremban. Jadi Ayah dan Mak akan menghubungi Kakak menggunakan telefon.
Perkhidmatan Bas
Bas awam cuma melalui simpang luar kawasan Felda kami. Bas awam yang ada disediakan oleh dua syarikat bas iaitu LTS dan **** (saya tidak ingat 1 lagi nama syarikat bas itu). Bas2 itu adalah bas lama, tanpa aircond dan berlantai kayu dan bunyi yang dahsyat…bunyi benda lama2….
Ianya jauh dari mana2 rumah di Felda kami. Jika saya mahu ke pekan Bahau ataupun dengan keluarga, Ayah akan memakir motorsikalnya di perhentian bas di simpang luar Felda kami. Kemudian kami sama2 menaiki bas ke pekan Bahau. Semasa kecil saya sangat tidak boleh menaiki bas, mesti akan muntah. Jadi Mak akan sediakan plastic untuk saya muntah.
Kadang2 jika hanya Ayah, Mak dan saya sahaja kami akan menaiki motorsikal ke pekan. Ini lebih bagus kerana saya tidak muntah.
Saya mula menaiki bas sendiri dengan kawan2 ketika berumur 13 tahun, iaitu semasa saya mula bersekolah asrama yang jaraknya kira2 60 kilometer dari rumah kami. Saya akan menaiki bas LTS ataupun bas **** ke pekan Bahau. Kemudian bertukar Bas United ataupun Starise ataupun Transnasional ke Kuala Pilah. Bas2 ini lebih baik dan baru dari bas LTS dan bas ****. Anehnya semenjak itu saya tidak lagi muntah sampai sekarang. Malah bila saya sakit pun, amatlah susah untuk saya muntah.
Sekarang
Keadaan rumah saya di Felda sudah mula berbeza sejak 3 tahun lalu. Rumah batu berbumbung merah dan bersiling. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Ruang tamu yang pada saya agak besar dengan lampu candeliar. Setiap ruang mempunyai lampu dan kipas. Bilik air utama dilengkapi heater. Beranda juga pada saya luas dan keliling rumah berpagar. Rumah saya bukanlah seperti rumah orang2 kaya, jadi ianya bukan tersergam indah. Tetapi saya selesa dengan yang ini. Dan sudah terlalu cukup kalau mahu dibanding dengan rumah lama saya. Proses menjadi rumah yang completely berbeza itu memakan masa yang lama. Pernah kami hanya tinggal di suatu bahagian rumah yang kecil, manakala bahagian lain dirobohkan untuk membina rumah baru. Kami dapat melihat langit malam, ataupun rintik hujan kerana bumbung telah lobos…. Setahu saya, kalau di Kuala Lumpur ini ketika proses untuk renovate rumah, keluarga akan tinggal di rumah yang lain. Itu bukan bagi kami golongan yang biasa ini. Kemana lagi untuk kami tinggal selain ditapak robohan itu juga?
Telivesyen telah lama bertukar. Dari tv hitam putih kepada tv warna 14 inch. Lama kami menggunakan tv 14inch itu sehingga rosak. Kemudian diganti tv 21 inch dan tv warna 32 inch berserta sound system dan astro. Cukuplah 2 biji itu selagi boleh guna walaupun sekarang LCD tv yang orang guna....
Talian telefon tetap masih sedia ada dirumah saya meski pun setiap orang dalam keluarga mempunyai telefon bimbit. Tetapi saya sendiri sudah lama tidak menggunakan telefon talian tetap itu.
Keadaan perkhidmatan bas yang diceritakan tadi sampai sekarang ya. Yang bezanya hanyalah tambang yang telah naik. Saya dan keluarga juga sudah tak naik bas lagi kerana mempunyai kereta sendiri. Lagi pula, perjalanan ke pekan Bahau dengan bas adalah lebih kurang 45 minit, dengan kereta hanya 20 minit.
Keadaan berbeza, rasa juga berbeza, tetapi ingatan tetap sama. Kerana ingatan adalah berasal dari keadaan dan rasa yang pernah dinikmati. Saya tidak pernah merasakan kehidupan saya daif, tetapi saya tahu saya bukan orang berada. Saya juga punyai masalah kewangan kadang2, dan banyak keinginan tak dapat dituruti. Tetapi saya pasti tentang ini, saya suka dengan hidup saya di Felda. Malah kalau hampir sebulan saya tidak balik ke rumah, saya semacam sakit kepala. Meski pun Ayah dan Mak saya selalu ke Kuala Lumpur dan saya berpeluang melepaskan rindu dengan Ayah dan Mak juga adik beradik yang lain, tetap juga hendak balik ke rumah itu. Sakit kepala kerana rindu barangkali dengan ingatan itu….maka saya mahu tetap melihat keadaannya dan merasa kenikmatannya hidup di rumah itu...merasa empuknya tilam saya yang tidak begitu empuk itu…..Rumahku, syurgaku.
KENANGAN lalu jangan dilupa
Ops...Di sini bukanlah saya hendak memberitahu perihal sifat beliau, tetapi apabila dia bercerita tentang hidupnya puluhan tahun dahulu di kampungnya saya jadi berfikir....
Saya jarang sekali bercerita tentang kisah hidup saya di kampung, semasa saya membesar dahulu kepada rakan2 saya. Padahal kenangan dahulu sangat saya gemari. Apabila beliau bercerita kenakalannya semasa kecil dahulu, beliau ada berkata secara rawak. " M* agaknya nakal jugak kan?ntah2 panjat pokok sana-sini"....huh saya cuma senyum dan berkata, "hah, saya baik!".
Haha..memang saya bukanlah anak yang nakal, ini pada pandangan saya. Tetapi saya lebih teringat kisah2 lalu. Saya bersyukur saya dilahirkan dan dibesarkan dikawasan tempat tinggal saya itu. Ianya sebuah Felda, yang Ayah dan Mak saya berpindah sehari sebelum saya dilahirkan ke dunia ini. Jadi saya mahu mengimbau proses kelahiran saya yang kedua orang tua saya ceritakan.....
Mak saya beritahu, doktor telah memberitahu tarikh jangkaan kelahiran saya. Tetapi saya tidak lahir ke dunia pada waktu itu, walaupun Ayah dan Mak saya telah melambatkan perpindahan mereka selama 1 minggu. Harapan mereka supaya senang proses kelahiran itu. Maklumlah di tempat yang mereka biasa, di Kuala Lumpur pula tu. Jadi kemudahan lebih banyak dari di tempat yang bakal mereka berpindah itu.
Oleh sebab saya masih belum lahir2 lagi, maka Ayah dan Mak berpindah juga. Menurut mereka kawasan keliling rumah masih semak dengan lalang lagi tatkala mereka mula2 sampai.
Esoknya bila tiba hampir saat kelahiran saya- ketika Mak mula menunjukkan tanda2 mahu melahirkan, ayah menaiki motor mahu menjemput bidan desa - Tipah namanya. Tapi Bidan Tipah tak mahu naik motor dengan ayah. Bidan Tipah mahu naik kereta!Oh tentulah bukan salah Bidan Tipah atau pun Ayah kan. Bidan Tipah tentunya takut kerana perjalanan dari rumah Bidan Tipah di Lui Muda itu ke rumah kami dikelilingi pokok2 kelapa sawit dan pokok getah. Jalan tanah merah pula. Bayangkan sahaja kawasan estet, mungkin begitulah kawasan tempat tinggal kami. Ayah pula hanya ada motor dan tidak kenal orang2 lain untuk meminjam kereta sebab baru sahaja dia berpindah ke kawasan baru. Ayah tidak punyai pilihan, terpaksa berpatah balik ke rumah semula untuk mendapatkan kereta. Nasib baiklah Ayah berjaya mendapatkan kereta dengan bantuan seorang penduduk yang baik hati untuk menjemput Bidan Tipah.
Walau bagaimanapun, Mak di rumah telah sampai saat2 kelahiran sebelum Bidan Tipah sampai. Tok (pangilan untuk nenek), saudara dan jiran2 cemas belaka. Mujurlah ada seorang wanita ini - jiran yang rumahnya dibaris hadapan rumah kami ada ketika itu. Dialah yang menyambut kelahiran saya, yang juga pertama kali dia menjadi bidan....
Bidan terjun itu dipanggil Cik Wok. Semenjak membidani kelahiran saya, dia memang menjadi bidan tradisional yang biasa menyambut kelahiran anak2 orang di daerah itu.
Begitulah, bila Allah berkata “Jadi, maka jadilah”. Ditakdirkan oleh-Nya saya dilahirkan di tempat baru itu, dibidani Cik Wok. Kadang2 saya terfikir, saya tidak pernah berkata terima kasih Cik Wok kerana membidani saya dahulu. Padahal jalan balik ke rumah saya mestilah melalui rumah Cik Wok itu. Rumah kami kan di jalan yang sama. Dan kalau saya tak mahu ke rumahnya pun (yang saya tahu saya tak akan pergi setakat ini kot), saya boleh berkata terima kasih itu bila kunjungannya ke rumah kami semasa kenduri-kendara atau pun kunjugan Hari Raya, ataupun semasa berjumpanya di mana2 majlis….owh alangkah baiknya saya....
Jadi di sini sahajalah saya mahu berkata:
Terima Kasih Mak kerana melahirkan saya.
Terima Kasih Ayah sebab berusaha mencari bidan untuk kelahiran saya.
Terima Kasih Cik Wok sebab membidani kelahiran saya.
Terima Kasih Bidan Tipah kerana sampai kemudian dan mengambil alih tugasan daripada Cik Wok – memotong tali pusat saya dan sebagainya.
Terima Kasih saudara yang keretanya dipinjam Ayah.
Terima Kasih Tok yang datang dari Kedah, adik-beradik, saudara-saudari, jiran2 dan semua orang yang membantu, atau pun yang memanjatkan rasa syukur apabila saya selamat dilahirkan, atau pun yang cuma menanti semasa kelahiran saya.
Terima Kasih Ya Allah kerana menyenangkan proses kelahiran saya. Saya lahir sebagai seorang insan yang normal dan cukup sifat ke dunia ini.
Maka dengan rasminya, kod kad pengenalan saya apabila mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara pada usia 12 tahun adalah 05 –iaitu Negeri Sembilan tempat kelahiran saya.
Nota: M* adalah nama saya dan nama betul saya setakat ini belum lagi di-publish-kan. Mungkin di masa depan akan diberitahu.
Wednesday, March 16, 2011
SUDAH menerima
Tuesday, March 15, 2011
GEDIK santai
Friday, March 11, 2011
BULAN & kerjanya

Saya bukanlah seorang yang cinta pada pekerjaan saya. Tapi saya pasti tentang ini - saya tidak benci kerja saya, dan berharap lebih komited terhadap kerja saya. Ini cerita tentang pekerjaan baru saya. Kerja di tempat baru, tapi masih sama nama pekerjaannya dan masih hampir sama tugasnya dengan yang lama.

Thursday, March 10, 2011
THE story of momma & 3 kids
Tuesday, March 8, 2011
NUTS about your job is somehow helpful
-- Walter Chrysler
Monday, March 7, 2011
BATMAN needs my attention too
Sunday, March 6, 2011
BULAN muncul lagi
Saya cuma tergerak hati untuk menulis kerana saya harap dapat tinggalkan sesuatu untuk orang2 yang akan saya tinggalkan di dunia ini bila saya dijemput Ilahi...iaitu, tulisan saya. Cop cop....Pada ketika ini saya belum tahu bila masanya...cuma lepas saya dengar khabar tentang seorang saudara se-Islam yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya...saya membaca blog tinggalannya..dan terdetik dihati saya..."at least anak2 yang beliau tinggalkan di dunia ni boleh lah membaca tulisan beliau kelak..."
Maka saya tukarkan title blog ini, juga url-nya...dan saya fikir2 apa yang sepatutnya saya namakan blog ini...?
Mengapa rembulan? Kerana saya telah mula menerima seadanya gelaran nama saya...apa pun bahasa (Arabic, English, Melayu) yang orang2 di luar sana gunakan untuk memanggil saya..maksudnya tetap sesuatu yang bersinar... itu saya pasti....and i will be shined for today, tomorrow and forever...




