Friday, March 11, 2011

BULAN & kerjanya


Saya bukanlah seorang yang cinta pada pekerjaan saya. Tapi saya pasti tentang ini - saya tidak benci kerja saya, dan berharap lebih komited terhadap kerja saya. Ini cerita tentang pekerjaan baru saya. Kerja di tempat baru, tapi masih sama nama pekerjaannya dan masih hampir sama tugasnya dengan yang lama.

Pagi 9hb Mac 2011 (iaitu sudah lebih 2 bulan di tempat ini), saya memberi ucapan pada Morning Briefing. Basically, saya cuma katakan kepada staff2 di tempat itu (tempat di Setia Alam) tentang peranan saya dan rakan2 kerja saya. Tujuan kami kunjungi mereka bukanlah untuk mencari salah mereka. Kami cuma memastikan controls are put in the right place and risks can be mitigated. At the same time, kami akan advice apa2 yang boleh menambah baik system dan organisasi tempat mereka dan organisasi besar kami seca
ra amnya...

But deep inside my heart, i felt quilty. Apa yang saya katakan kepada mereka bukanlah sesuatu yang terlalu saya percaya. Ini kerana saya tahu kerja saya itu memang suka mencari salah orang lain. Saya tidak paham mengapa mestinya kami hendak mencari issues untuk dibentangkan. Tapi separuh hati saya paham, bahawa memang setiap organisasi itu ada kesilapannya meski pun tidak besar...huh takkan lah semuanya perfect di organisasi itu kan. Pasti ada sesuatu issue untuk diketengahkan...*err ayat ini macam sedikit confuse....uuu tak apalah*

Uh..yang paling ditakuti, kerana saya kenal diri saya. Saya takut sekali untuk mengakui kesalahan orang lain yang mungkin menyebabkan orang itu hilang pekerjaan atau
rekod kerjanya yang cantik selama ini tercela disebabkan oleh report saya.

Maka, saya mohon Allah permudahkanlah urusan dan pekerjaan saya. Ini adalah kerja, maka integrity saya itu penting...

Note: Lain kali saya mahu ceritakan mengapa saya senang sekali dengan kerja saya (ini yang positive). Huh saya sedikit ralat kerana sudah memberitahu yang negative terlebih dulu pula...huhuhu


esok saya nahu balik kampung daaa....

No comments: