Ops...Di sini bukanlah saya hendak memberitahu perihal sifat beliau, tetapi apabila dia bercerita tentang hidupnya puluhan tahun dahulu di kampungnya saya jadi berfikir....
Saya jarang sekali bercerita tentang kisah hidup saya di kampung, semasa saya membesar dahulu kepada rakan2 saya. Padahal kenangan dahulu sangat saya gemari. Apabila beliau bercerita kenakalannya semasa kecil dahulu, beliau ada berkata secara rawak. " M* agaknya nakal jugak kan?ntah2 panjat pokok sana-sini"....huh saya cuma senyum dan berkata, "hah, saya baik!".
Haha..memang saya bukanlah anak yang nakal, ini pada pandangan saya. Tetapi saya lebih teringat kisah2 lalu. Saya bersyukur saya dilahirkan dan dibesarkan dikawasan tempat tinggal saya itu. Ianya sebuah Felda, yang Ayah dan Mak saya berpindah sehari sebelum saya dilahirkan ke dunia ini. Jadi saya mahu mengimbau proses kelahiran saya yang kedua orang tua saya ceritakan.....
Mak saya beritahu, doktor telah memberitahu tarikh jangkaan kelahiran saya. Tetapi saya tidak lahir ke dunia pada waktu itu, walaupun Ayah dan Mak saya telah melambatkan perpindahan mereka selama 1 minggu. Harapan mereka supaya senang proses kelahiran itu. Maklumlah di tempat yang mereka biasa, di Kuala Lumpur pula tu. Jadi kemudahan lebih banyak dari di tempat yang bakal mereka berpindah itu.
Oleh sebab saya masih belum lahir2 lagi, maka Ayah dan Mak berpindah juga. Menurut mereka kawasan keliling rumah masih semak dengan lalang lagi tatkala mereka mula2 sampai.
Esoknya bila tiba hampir saat kelahiran saya- ketika Mak mula menunjukkan tanda2 mahu melahirkan, ayah menaiki motor mahu menjemput bidan desa - Tipah namanya. Tapi Bidan Tipah tak mahu naik motor dengan ayah. Bidan Tipah mahu naik kereta!Oh tentulah bukan salah Bidan Tipah atau pun Ayah kan. Bidan Tipah tentunya takut kerana perjalanan dari rumah Bidan Tipah di Lui Muda itu ke rumah kami dikelilingi pokok2 kelapa sawit dan pokok getah. Jalan tanah merah pula. Bayangkan sahaja kawasan estet, mungkin begitulah kawasan tempat tinggal kami. Ayah pula hanya ada motor dan tidak kenal orang2 lain untuk meminjam kereta sebab baru sahaja dia berpindah ke kawasan baru. Ayah tidak punyai pilihan, terpaksa berpatah balik ke rumah semula untuk mendapatkan kereta. Nasib baiklah Ayah berjaya mendapatkan kereta dengan bantuan seorang penduduk yang baik hati untuk menjemput Bidan Tipah.
Walau bagaimanapun, Mak di rumah telah sampai saat2 kelahiran sebelum Bidan Tipah sampai. Tok (pangilan untuk nenek), saudara dan jiran2 cemas belaka. Mujurlah ada seorang wanita ini - jiran yang rumahnya dibaris hadapan rumah kami ada ketika itu. Dialah yang menyambut kelahiran saya, yang juga pertama kali dia menjadi bidan....
Bidan terjun itu dipanggil Cik Wok. Semenjak membidani kelahiran saya, dia memang menjadi bidan tradisional yang biasa menyambut kelahiran anak2 orang di daerah itu.

Begitulah, bila Allah berkata “Jadi, maka jadilah”. Ditakdirkan oleh-Nya saya dilahirkan di tempat baru itu, dibidani Cik Wok. Kadang2 saya terfikir, saya tidak pernah berkata terima kasih Cik Wok kerana membidani saya dahulu. Padahal jalan balik ke rumah saya mestilah melalui rumah Cik Wok itu. Rumah kami kan di jalan yang sama. Dan kalau saya tak mahu ke rumahnya pun (yang saya tahu saya tak akan pergi setakat ini kot), saya boleh berkata terima kasih itu bila kunjungannya ke rumah kami semasa kenduri-kendara atau pun kunjugan Hari Raya, ataupun semasa berjumpanya di mana2 majlis….owh alangkah baiknya saya....
Jadi di sini sahajalah saya mahu berkata:
Terima Kasih Mak kerana melahirkan saya.
Terima Kasih Ayah sebab berusaha mencari bidan untuk kelahiran saya.
Terima Kasih Cik Wok sebab membidani kelahiran saya.
Terima Kasih Bidan Tipah kerana sampai kemudian dan mengambil alih tugasan daripada Cik Wok – memotong tali pusat saya dan sebagainya.
Terima Kasih saudara yang keretanya dipinjam Ayah.
Terima Kasih Tok yang datang dari Kedah, adik-beradik, saudara-saudari, jiran2 dan semua orang yang membantu, atau pun yang memanjatkan rasa syukur apabila saya selamat dilahirkan, atau pun yang cuma menanti semasa kelahiran saya.
Terima Kasih Ya Allah kerana menyenangkan proses kelahiran saya. Saya lahir sebagai seorang insan yang normal dan cukup sifat ke dunia ini.
Maka dengan rasminya, kod kad pengenalan saya apabila mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara pada usia 12 tahun adalah 05 –iaitu Negeri Sembilan tempat kelahiran saya.
Nota: M* adalah nama saya dan nama betul saya setakat ini belum lagi di-publish-kan. Mungkin di masa depan akan diberitahu.
No comments:
Post a Comment