Assalammualaikum...
Saya ingat lagi semasa saya Form 1 or Form 2...kumpulan penyanyi lelaki yang saya suka "SLAM". Ada 1 lagu hit mereka bertajuk "MEntari Muncul Lagi".
Maka sekarang "BULAN" telah muncul semula. Ini kerana blog ini telah saya wujudkan pada tahun 2008, semasa saya mula belajar mereka blog. Ketika itu di bilik komputer di Kuliyyah Economi di Universiti saya. Membuang masa lah katakan...mungkin saya menunggu kelas seterusnya atau pun menunggu 2 orang kawan baik saya, atau pun rakan2 group projek untuk discuss topic yang diberi lecturer saya. Apa pun..memang saya tak pasti sebab dan ketika blog ini pernah direka.
Kalau dilihat pada entry tahun 2008 tu pun..title-nya pasal hair band?hair-clip?entahlah...saya cuma reka2...
Jadi kenapa kini saya mahu menulis semula, pada tahun 2011 ini? Mudah..sebabnya saya mahu isi free time saya. Soalnya...free sangat ke masa saya?hahaha...padahal data2 untuk kerja saya belum habis dianalysis lagi....aihhh...
Bagaimana pun..saya pasti 1 sebab saya mahu menulis semula....
Saya cuma tergerak hati untuk menulis kerana saya harap dapat tinggalkan sesuatu untuk orang2 yang akan saya tinggalkan di dunia ini bila saya dijemput Ilahi...iaitu, tulisan saya. Cop cop....Pada ketika ini saya belum tahu bila masanya...cuma lepas saya dengar khabar tentang seorang saudara se-Islam yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya...saya membaca blog tinggalannya..dan terdetik dihati saya..."at least anak2 yang beliau tinggalkan di dunia ni boleh lah membaca tulisan beliau kelak..."
Maka saya tukarkan title blog ini, juga url-nya...dan saya fikir2 apa yang sepatutnya saya namakan blog ini...?
Mengapa rembulan? Kerana saya telah mula menerima seadanya gelaran nama saya...apa pun bahasa (Arabic, English, Melayu) yang orang2 di luar sana gunakan untuk memanggil saya..maksudnya tetap sesuatu yang bersinar... itu saya pasti....and i will be shined for today, tomorrow and forever...
No comments:
Post a Comment