Saya pernah ke sana pada akhir tahun lepas bersama 5 orang kawan melakukan aktiviti berbasikal. Kali ini saya pergi dengan OG sahaja. Kami berjalan kaki sahaja tanpa mengambil bus lawatan yang disediakan untuk mengelilingi kawasan itu. Sudah semestinya saya tidak habis mengelilingi kawasan itu dengan 2 kerat tulang ini kan...
Kami melakukan aktiviti berkayak dan flying fox. Yang paling kelakarnya, kami tidak menyedari yang kami tidak mempunyai cukup wang untuk membayar pakej berkayak+flying fox yang berharga hanya RM12 seorang. Itu kerana saya lupa untuk mengeluarkan duit semasa dalam perjalanan dan duit yang sedikit ditinggalkan di dalam kereta. OG pula memikirkan dia mempun
yai wang yang cukup untuk kami berdua. Total wang yang kami ada hanya RM23. Huh memang memalukan kerana 2 orang penjaga tiket itu semacam kasihan dan memberikan diskau
n RM1 kepada kami. Terima kasih ya!

Aktiviti berkayak dan saya pernah lakukan beberapa kali semasa masih bersekolah menengah. Memang kelakar sebab saya asyik ketawa semasa berkayak. Walaupun air tasik tenang, kayak kami seringkali terbabas melanggar tebing dan belukar. Risau juga kalau kayak terbalik pastilah kami terpaksa berbasah kuyup pula nanti.

Kemudian kami berjalan menuju ke tempat flying fox pula. Memanglah tersangat letih tidak minum air yang cukup. Itupun OG hanya mempunyai RM1 dari duit syiling yang terkumpul di dalam begnya dan membeli sebotol mineral 500ml dikongsi 2 orang kami. Kami juga merancang untuk hanya menaiki bas lawatan untuk ke tempat flying fox. Malangnya kami mengambil arah yang tidak dilalui bas itu. Jadi kami berjalan kaki sambil OG berkata letihnya rasa macam berpuasa semasa pulang dari sekolah menengah kami yang berbukit. Oh ya, saya dan OG bersekolah yang sama sehingga OG berpindah semasa awal Form 4.
Kami sampai di kawasan flying fox dan menunggu giliran. OG hampir tidak mahu melakukan aktiviti itu kerana takut ketinggian. Tetapi akhirnya dia mahu selepas diyakinkan. Saya pernah melakukan aktiviti flying fox beberapa kali dengan terjunan perseorangan. Tetapi kali ini saya terjun berdua bersama OG.
Seronok aktiviti2 itu dan saya pasti akan ke sana lagi.
Hari ini sengal betul bahu saya ini kerana mendayung paddle kayak. Muka dan lengan saya pula berbelang kerana sunburn.
No comments:
Post a Comment