Tuesday, March 15, 2011

GEDIK santai

Pada ketika ini, saya sedang makan sambil menonton tv - drama bersiari GLEE di channel Starworld. Okla layan cerita ni kadang. Sambil tu saya baca entry baru di blog kawan yang baru kehilangan orang yang dicintainya. Harap2 dia tabah dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Saya juga sedang makan. Menu sendiri; labu potong dadu campur ayam cincang, bawang dan cili cincang, tambah pula 'cukup rasa maggie'...kira boleh la nak layan....ngap saja habis cerita. Sayang pada bahan2 saya beli minggu lepas, dah hampir buruk labu tu.
Saya juga ada kerja yang perlu di update ke system..paperwork sayalah. Sekejap lagi la saya buat...huh ini memang la tabiat saya yang cantik sekali. Suka sangat tangguh kerja...
" Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Saya tahu ayat ini, tapi masih juga tak mampu berubah. Mungkin bukan tak mampu, tapi tak mahu..hihi.
Owh ya, saya baru juga pulang dari kampung bercuti hujung minggu. Sabtu 12hb March saya ikut kakak saya yang bekerja di jabatan kerajaan dalam lawatan jabatannya. Factory visits gitu... Kami melawat Kilang Yakult, Kilang Beras Sunflower di Seremban. Kemudian ke Seri Kembangan melawat Kilang Coklat Beryl's..kemudian melawat Galeri Tun Razak dan Taman Orkid...walaupun ada masanya agak bosan mendengar penerangan ambassador kilang2 tersebut, tapi ada juga yang menarik tentang informasi dan juga demo yang mereka tunjukkan. Kami juga dapat melihat mesin2 dan cara pemprosesan bahan2 makanan tersebut. Dapat pula makanan free...kira okla kan...hehe.
Ahad pula saya hadiri kenduri kahwin kawan sekolah menengah saya di Batu Kikir. Jumpa kawan2 yang lain so banyaklah benda yang nak dicerita...ala macam biasala jumpa kawan2 kan...
Balik rumah emak saya tanak pulut susu dari siam yang kami beli di kilang beras. Dicicah denagn kelapa parut dan ikan masin. Ayah saya cakap "ini petang, bukan pagi nak makan pulut ikan masin ni"...hehe emak saya buat sebab saya yang minta. Tapi saya minta pagi. Oleh kerana dia lupa, dibuatnya sebelah petang. Tapi emak juga buat kuih seri muka, ataupun kami panggil 'pulut sekaya'....
Huh...weekend itu amat bermakna bagi saya..tiring but satisfying....punyala penat balik KL..data mining saya untuk assignment Isnin tu tak siap...hehe.

No comments: