Tuesday, April 12, 2011

TERKENA juga!

Ini ada satu cerita yang saya ingin coretkan disini tetapi hampir sahaja terlupa. Cerita tetang saya kena penalti meletakkan kereta di depan pusat beli-belah, Sogo. Ceritanya saya ingin membeli beg beroda yang bersaiz lebih kecil dari beg yang ada di rumah. Memandangkan saya selalu outstation, saya memang perlukan beg begitu. Petang itu selepas balik dari kerja saya bercadang ke Sogo. Saya fikir adalah lebih elok pergi mengambil kereta dahulu dan parking di sebelah Sogo sahaja. Jadi saya ke Campbell yang jaraknya tidak jauh juga dari Sogo itu. Hari hujan, jadi saya fikir tidak mengapa parking di tempat larangan. Sejam selepas itu, setelah membeli sehelai baju dan beg beroda, saya keluar dan tidak menjumpai kereta saya!!!!arg...mesti kena tow dah ni...fikir saya. Saya pun bertanya pada polis peronda yang ada di situ. Dia menyuruh saya pergi ke balai polis berdekatan untuk memastikan kereta saya ditunda atau pun hilang...Wah macam ini pun boleh hilang....tidak mungkin...sabar jangan panik..itu saya cuba tahan. Saya pun pergilah dan memaksa polis bertugas menyiasat tentang kereta saya. Saya terpaksa memaksanya kerana saya tidak ada pilihan. Geram juga saya bila dijawabnya tidak ada laporan. Bila saya suruh telefon tanyakan Majlis Bandaran dijawabnya tidak ada nombor. Apa relevan ke jawapan itu. Inikan balai polis. Hisy...saya kena tetap cool, mahu knta tolong la katakan... Saya cakap saya orang awam yang perlukan bantuan. Mesti tolong saya, kalau tidak saya tunggu saja di balai sampai esok. Jadi polis itu telefon dan memang pasti kereta saya ditunda Majlis Bandaran di pejabat di Jinjang. Saya mengambil teksi dan menuju ke tempat kereta saya ditunda. Kata pegawai di Majlis Bandaran, saya boleh ambil kereta setelah membayar kompaun sebelum jam 10 malam. Owh waktu itu sudah jam 9.10 malam, jadi masih sempat. Setelah sampai ke tempat kereta ditunda dan menemui pegawai, saya dikenakan kompaun dengan potongan 50 peratus. Nasib baiklah, kerana jika terpaksa bayar penuh saya pasti tidak cukup wang di dalam bank. Saya memang kekurangan wang waktu itu. Bagaimanapun, wang yang ada didalam bank saja. Bank berdekatan ialah Maybank di depan Pejabat Bandaran saja tetapi seorang pegawai yang sudah habis tugasnya menumpangkan saya dengan keretanya. Mengikutnya, bahaya kawasan itu banyak kes ragut. Selepas itu saya pun berjaya mendapatkan kembali kereta saya. Huh, redha sajalah bukan rezeki saya wang itu. Saya lega kerana Batman sudah dapat saya bawa balik. Sorry Batman, lain kali tidak akan tinggalkan kamu merata-rata tempat lagi. Salah saya, jadi saya terima akibatnya. Dan kali ini perangai suka hati saya parking di mana-mana itu memang terkena!

No comments: