Sunday, March 27, 2011

BUKIT Cerakah, Shah Alam

Semalam saya pergi ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Ianya terdapat taman-taman seperti taman kaktus, taman buah-buahan, taman botani, rumah 4 musim dan lain-lain. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti jungle trekking, berbasikal, berkayak, berkhemah, Flying fox dan sebagainya. Bayaran masuk untuk dewasa RM3, kanak2 dan warga emas RM1. Untuk aktiviti pula bayaran berbeza dikenakan.
Saya pernah ke sana pada akhir tahun lepas bersama 5 orang kawan melakukan aktiviti berbasikal. Kali ini saya pergi dengan OG sahaja. Kami berjalan kaki sahaja tanpa mengambil bus lawatan yang disediakan untuk mengelilingi kawasan itu. Sudah semestinya saya tidak habis mengelilingi kawasan itu dengan 2 kerat tulang ini kan...
Kami melakukan aktiviti berkayak dan flying fox. Yang paling kelakarnya, kami tidak menyedari yang kami tidak mempunyai cukup wang untuk membayar pakej berkayak+flying fox yang berharga hanya RM12 seorang. Itu kerana saya lupa untuk mengeluarkan duit semasa dalam perjalanan dan duit yang sedikit ditinggalkan di dalam kereta. OG pula memikirkan dia mempun
yai wang yang cukup untuk kami berdua. Total wang yang kami ada hanya RM23. Huh memang memalukan kerana 2 orang penjaga tiket itu semacam kasihan dan memberikan diskau
n RM1 kepada kami. Terima kasih ya!

Aktiviti berkayak dan saya pernah lakukan beberapa kali semasa masih bersekolah menengah. Memang kelakar sebab saya asyik ketawa semasa berkayak. Walaupun air tasik tenang, kayak kami seringkali terbabas melanggar tebing dan belukar. Risau juga kalau kayak terbalik pastilah kami terpaksa berbasah kuyup pula nanti.

Kemudian kami berjalan menuju ke tempat flying fox pula. Memanglah tersangat letih tidak minum air yang cukup. Itupun OG hanya mempunyai RM1 dari duit syiling yang terkumpul di dalam begnya dan membeli sebotol mineral 500ml dikongsi 2 orang kami. Kami juga merancang untuk hanya menaiki bas lawatan untuk ke tempat flying fox. Malangnya kami mengambil arah yang tidak dilalui bas itu. Jadi kami berjalan kaki sambil OG berkata letihnya rasa macam berpuasa semasa pulang dari sekolah menengah kami yang berbukit. Oh ya, saya dan OG bersekolah yang sama sehingga OG berpindah semasa awal Form 4.
Kami sampai di kawasan flying fox dan menunggu giliran. OG hampir tidak mahu melakukan aktiviti itu kerana takut ketinggian. Tetapi akhirnya dia mahu selepas diyakinkan. Saya pernah melakukan aktiviti flying fox beberapa kali dengan terjunan perseorangan. Tetapi kali ini saya terjun berdua bersama OG.
Seronok aktiviti2 itu dan saya pasti akan ke sana lagi.
Hari ini sengal betul bahu saya ini kerana mendayung paddle kayak. Muka dan lengan saya pula berbelang kerana sunburn.

Friday, March 25, 2011

LIFE is great...

Dah lama rasanya saya tak menulis apa2 di blog ni. Sebab pertama saya jarang bawa balik laptop kalau saya bekerja di office saya sendiri. Sebab ke-2, saya tak ada laptop sendiri untuk menggunakan internet. Sebab ke-3, bila hari saya bawa balik laptop ke rumah, talian internet pula yang tergendala.
Kawan2 saya ajak keluar malam ini. Pukul 10pm nanti. Mereka antara kawan2 baik saya - OG, RoZ, One. Tapi saya tak pasti One akan join kami atau tidak malam ini. Rancangan pun tak pasti menjadi, sebab baru sahaja OG sms saya beritahu dia masih di tempat kerja. Bekerja dengan company Jepun la katakan. Tsunami di Jepun melanda hingga ke Malaysia. Itulah keadaan OG. Saya harap dia tahan. Susah2 dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Sebut pasal Jepun, simpati keadaan yang melanda di sana. Semoga semuanya selamat. Takdir Allah pastilah ada sebabnya.
Saya juga mahu bersyukur di sini kerana mempunyai kawan2 yang baik. Dahulu semasa masih belajar di Universiti, saya juga ada kawan An, Anis, RYati, Husna, Yati, Bal dan ramai lagi. Walaupun sudah lama tidak berhubung dengan mereka, saya masih ingat kepada mereka. Semoga mereka dalam rahmat dan lindugan Allah.
Saya juga masih berkawan baik dengan kawan2 sekolah menengah saya. Selalu juga bertemu mereka. Kemudian bila bekerja saya juga mempunyai kawan baik2 belaka.
Apalah hidup tanpa kawan. Saya sayangi kawan2 saya. Mereka buatkan saya semakin rindu terhadap keluarga saya. Life is great when we have friends around us!

Monday, March 21, 2011

BETTER Tomorrow


Saya bukanlah boleh dikategorikan sebagai seorang yang rajin. Saya juga bukanlah seorang yang berjimat cermat dalam pengurusan kewangan saya.

Bagaimanapun, saya mahu menjadi seorang yang rajin, yang dapat melakukan tugasan di rumah dan di tempat kerja saya. Saya juga mempunyai cita-cita iaitu saya ingin mempunyai banyak wang.

Owh silalah jangan salah paham ya. Saya bukan berharap mempunyai harta setinggi langit. Cuma saya harap dengan wang yang banyak saya dapat melalui hidup saya dengan lebih baik. Saya dapat melangsaikan hutang-piutang saya. Tak baik hidup dalam hutang. Huh..hutang yang berpunca dari ketidakpandaian saya dalam pengurusan kewangan. Kemudian dapat berkongsi wang dengan keluarga saya. Sekarang berkongsi, tetapi meminjam semula...hehe...

Saya harap suatu hari nanti saya tak perlu berdia
m diri bila mendengar ada kalangan adik-beradik saya yang perlukan wang demi menyelesaikan masalah mereka. Saya harap dapat katakan kepada mereka," Boleh pinjam duit saya dahulu, kemudian bayarlah sedikit2 pada tiap2 bulan". Saya harap dapat membawa Mak dan Ayah saya serta adik-beradik saya bercuti bersama-sama saya.

Saya cuma mahu pengurusan kewangan saya menjadi sebegini:

Membayar instalment kereta dan rumah (apabila saya membeli rumah nanti) dan hutang2 saya.
Cukup menyara perbelanjaan harian saya.
Membeli pakaian baru yang baik kualitinya (jenama tidak perlu masuk dalam kategori).
Berkongsi wang dengan Mak, Ayah dan Keluarga
saya.
Dapat pergi bercuti setiap tahun.
Salurkan sedikit ke badan2 amal. Sedekah jariah amalan untuk bekalan akhirat kelak.
Menyimpan untuk bekalan masa hadapan.

Ya Allah, saya tahu saya minta banyak. Maafkan saya, dan rahmatilah saya.
Terima Kasih kerana bersama saya walaupun semasa saya melupai-Mu.
Saya tahu Kamu akan menolong saya dan memberi kesenangan kepada saya.

"A better life for tomorrow for those who stop dwelling on the past".

Note: Jangan salah paham, maksud saya bukan melupai di mana anda berpijak dan kenangan masa lalu anda, tetapi sentiasalah bergerak ke hadapan demi memajukan diri ya =).


Sunday, March 20, 2011

FINDING new housemate


Saya sudah menghuni di rumah sewa ini selama 2 tahun. Ianya rumah flat 5 tingkat yang tidak mempunyai lift. Rumah yang saya huni di tingkat 4. Mak saya yang kadang2 berkunjung ke mari selalu terpaksa berhenti berehat sebentar di tingkat ke-2 atau ke-3 kerana terlalu tinggi baginya yang berumur hampir 60 tahun itu.

Saya mula menghuni rumah ini apabila saya diterima bekerja di sebuah firma audit. Ketika itu saya tidak begitu mahir dan masih takut2 untuk memandu kereta sendiri ke pejabat. Jadi saya menghuni rumah ini kerana senang untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam. Rumah ini tidaklah begitu dekat dengan firma audit itu tetapi saya menyewanya kerana harganya yang lebih murah berbanding rumah2 yang berdekatan dengan firma audit itu. Ada hikmah di sebaliknya. Ini kerana saya mula berani dan memaksa diri saya memandu kereta walaupun tersangatlah gementar.

Saya ingat lagi ketika 2 minggu pertama bekerja saya berulang-alik dengan bas walaupun Ayah meminjamkan kereta kepada saya. Saya memaksa diri memandu kereta Ayah apabila serik terpaksa balik pada jam 4 pagi pada suatu hari. Sebenarnya saya tidak balik rumah pun kerana tiada lagi perkhidmatan bas pada waktu sebegitu. Jadi saya tidur selama 2 jam lebih di surau di firma itu dan bangun pada subuhnya. Selepas menunaikan solat subuh, saya menaiki bas yang telah mula beroperasi pada pagi itu untuk balik ke rumah. Sampai rumah saya bersiap dan menaiki bas dan kembali semula ke tempat kerja. Hari itu saya dapat pulang ke rumah lebih awal dari kebiasaanya.

Maka saya memberanikan diri memandu kereta Ayah ke pejabat. Itulah pertama kali saya memandu kereta sendirian. Saya tidak lagi takut memandu kereta.

Pengalaman ini membuatkan saya semakin selesa tinggal di rumah sewa ini selama 2 tahun. Kawasan ini saya kira selamat dihuni dan dekat dengan kemudahan awam. Kawasan parking kereta juga sangatlah senang. Mudah kerana tiada "double parking" walaupun saya pulang pada lewat malam.

Walaupun saya pernah berfikir untuk berpindah terutama selepas bertukar kerja di tempat yang lebih jauh, saya masih lagi duduk selesa di rumah sewa ini. Saya telah membuat keputusan untuk tinggal di rumah sewa ini sehingga saya mempunyai rumah sendiri ataupun jika Tuan Rumah meminta saya berpindah atau pun atas sebab lain seperti berkahwin dan mengikut suami saya...hehe.

Sekarang saya mencari housemate baru kerana salah seorang penyewa telah berpindah keluar kerana berkahwin. Semalam baru sahaja saya dan seorang lagi housemate menghadiri majlis perkahwinannya di Batu Gajah, Perak. Saya harap saya akan menjumpai housemate baru yang baik seperti penyewa2 sebelum ini. Sebenarnya penyewa asal yang tinggal di rumah ini sebelum saya ada 2 orang. Selepas mereka berpindah, teman sekerja saya berpindah masuk ke salah sebuah bilik dan kekal hingga ke hari ini. Satu lagi bilik pernah dihuni oleh 2 orang yang lain. Seorang cuma tinggal selam beberapa bulan sebelum dia berpindah ke Melaka. Seorang lagi adalah penyewa yang kami hadiri majlis perkahwinannya itu.

Saya harap semuanya akan dipermudahkan Allah. Ini juga adalah rumah saya yang layak digelar, "Rumahku, syurgaku".

Saturday, March 19, 2011

RUMAHKU syurgaku

Rumah Kami

Saya tidak mempunyai memori tentang keadaan rumah saya yang asal pada mula2 Ayah dan Mak berpindah. Rumah standard yang pihak Felda sediakan. Tetapi melihat rumah jiran sebelah rumah saya, saya dapat bayangkan.

Rumah hadapan kami sama – ianya sebuah rumah papan berbumbung asbestos. Ianya mempunyai 1 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 bahagian dapur kecil, dan bahagian beranda kecil yang lantainya berlubang2. Owh itu bukan lubang2 bocor ya, tetapi papannya di susun jarak2. Cuma bahagian dapur rumah papan itu bukanlah dapur kami lagi, tetapi telah menjadi bahagian bilik. Dapur kami adalah sebuah rumah separa papan, separa batu, lantainya simen, berbumbung zink. Ada juga ruang makan yang agak luas. Saya dengar ruang tambahan yang Ayah bina itu dengan duit hasil jualan rumah lama di Kuala Lumpur dahulu. Maknanya semenjak saya mengenali dunia, mempunyai memori tentang rumah kami, memang telah ada ruang itu.

Saya ingat tentang ruang tambahan beratap zink dan rumah asal standard Felda . Ketika waktu hujan lebat kami akan tadahkan air dengan besen kerana bumbung bocor.

Bilik air juga di dalam rumah, tidak seperti mula2 mereka berpindah bilik air di luar rumah. Mungkin itu bilik air standard Felda sediakan. Bilik air jiran saya masih juga diluar, jadi saya tahu bentuk asalnya. Malah tapak bilik air yang mula2 itu pun masih ada di bahagian luar tepi rumah kami. Tapak lama itu lantai simen sahaja ya, tidak ada dinding ataupun batang paip lagi. Tandas, ataupun Jamban masih diluar rumah, di bahagian belakang. Jamban itu dindingnya papan, dan tidak ada kunci bahagian dalam. Tetapi memang pintunya tidak akan terbuka kalau tidak ada ada orang yang membukanya. Pintu itu papan yang berat, dan sentiasa rapat. Bekalan air pun tidak ada di jamban. Jadi kami kenalah mengangkut baldi air sendiri dari bilik air di dalam rumah. Kalau malam tiba, memang agak seram hendak pergi sendiri menunaikan hajat. Jarak dari dapur rumah kira2 10 meter sahaja, tetapi gelap.

Bekalan Elektrik

Bekalan air memang telah sedia ada di Felda awal2 lagi. Bagaimanapun, bekalan elektrik wujud ketika saya di sekolah rendah. Mungkin ketika saya berumur 7 atau 8 tahun.

Sebelum wujudnya bekalan elektrik, saya masih ingat Ayah akan nyalakan lampu gasoline setiap hari apabila menjelang maghrib. Semasa hari Ahad pula Mak akan membakar tempurung sampai menjadi bara lalu diisikan ke dalam seterika besi untuk menyerika baju sekolah kami adik beradik. Kakak dan Abang saya menyiapkan kerja sekolah pada malam hari diterangi cahaya pelita dan lampu gasoline. Saya tidak ingat adakah saya juga sempat merasai menyiapkan kerja sekolah di dalam cahaya pelita atau pun lampu gasoline. Tapi saya ingat ketika berumur 6 tahun semasa saya mandi dan bersiap untuk ke sekolah Tadika memang dalam cahaya pelita dan lampu gasoline. Untuk menonton telivesyen hitam-putih pula, ianya dicaskan dengan bateri air. Kalau hampir habis kuasa bateri itu, siaran akan terganggu sehingga tamat terus. Kami akan dapat menonton apabila Ayah mengisi air bateri di daerah Felda sebelah. Saya selalu mengikut Ayah dengan duduk di depan kerusi depan motorsikal. Kebiasaannya saya duduk didalam bakul motorsikal, tetapi itu diletakkan dengan bateri. Jikalau Abang juga mahu mengikut Ayah, kami berdua akan duduk dibelakang Ayah – bahagian belakang motorsikal.

Talian Telefon

Talian tetap telefon di rumah2 pula wujud kira2 saya berumur 10 atau 11 tahun. Sebelum wujudnya talian telefon, Ayah dan Mak akan menaiki motorsikal (dengan diikuti saya pastinya) ke Gatcho, iaitu pekan kecil yang dihuni kaum India yang perjalanannya selama lebih setengah jam untuk menggunakan perkhidmatan telefon. Ketika itu Kakak saya telah bersekolah menenah di asrama di Seremban. Jadi Ayah dan Mak akan menghubungi Kakak menggunakan telefon.

Perkhidmatan Bas

Bas awam cuma melalui simpang luar kawasan Felda kami. Bas awam yang ada disediakan oleh dua syarikat bas iaitu LTS dan **** (saya tidak ingat 1 lagi nama syarikat bas itu). Bas2 itu adalah bas lama, tanpa aircond dan berlantai kayu dan bunyi yang dahsyat…bunyi benda lama2….

Ianya jauh dari mana2 rumah di Felda kami. Jika saya mahu ke pekan Bahau ataupun dengan keluarga, Ayah akan memakir motorsikalnya di perhentian bas di simpang luar Felda kami. Kemudian kami sama2 menaiki bas ke pekan Bahau. Semasa kecil saya sangat tidak boleh menaiki bas, mesti akan muntah. Jadi Mak akan sediakan plastic untuk saya muntah.

Kadang2 jika hanya Ayah, Mak dan saya sahaja kami akan menaiki motorsikal ke pekan. Ini lebih bagus kerana saya tidak muntah.

Saya mula menaiki bas sendiri dengan kawan2 ketika berumur 13 tahun, iaitu semasa saya mula bersekolah asrama yang jaraknya kira2 60 kilometer dari rumah kami. Saya akan menaiki bas LTS ataupun bas **** ke pekan Bahau. Kemudian bertukar Bas United ataupun Starise ataupun Transnasional ke Kuala Pilah. Bas2 ini lebih baik dan baru dari bas LTS dan bas ****. Anehnya semenjak itu saya tidak lagi muntah sampai sekarang. Malah bila saya sakit pun, amatlah susah untuk saya muntah.

Sekarang

Keadaan rumah saya di Felda sudah mula berbeza sejak 3 tahun lalu. Rumah batu berbumbung merah dan bersiling. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Ruang tamu yang pada saya agak besar dengan lampu candeliar. Setiap ruang mempunyai lampu dan kipas. Bilik air utama dilengkapi heater. Beranda juga pada saya luas dan keliling rumah berpagar. Rumah saya bukanlah seperti rumah orang2 kaya, jadi ianya bukan tersergam indah. Tetapi saya selesa dengan yang ini. Dan sudah terlalu cukup kalau mahu dibanding dengan rumah lama saya. Proses menjadi rumah yang completely berbeza itu memakan masa yang lama. Pernah kami hanya tinggal di suatu bahagian rumah yang kecil, manakala bahagian lain dirobohkan untuk membina rumah baru. Kami dapat melihat langit malam, ataupun rintik hujan kerana bumbung telah lobos…. Setahu saya, kalau di Kuala Lumpur ini ketika proses untuk renovate rumah, keluarga akan tinggal di rumah yang lain. Itu bukan bagi kami golongan yang biasa ini. Kemana lagi untuk kami tinggal selain ditapak robohan itu juga?

Telivesyen telah lama bertukar. Dari tv hitam putih kepada tv warna 14 inch. Lama kami menggunakan tv 14inch itu sehingga rosak. Kemudian diganti tv 21 inch dan tv warna 32 inch berserta sound system dan astro. Cukuplah 2 biji itu selagi boleh guna walaupun sekarang LCD tv yang orang guna....

Talian telefon tetap masih sedia ada dirumah saya meski pun setiap orang dalam keluarga mempunyai telefon bimbit. Tetapi saya sendiri sudah lama tidak menggunakan telefon talian tetap itu.

Keadaan perkhidmatan bas yang diceritakan tadi sampai sekarang ya. Yang bezanya hanyalah tambang yang telah naik. Saya dan keluarga juga sudah tak naik bas lagi kerana mempunyai kereta sendiri. Lagi pula, perjalanan ke pekan Bahau dengan bas adalah lebih kurang 45 minit, dengan kereta hanya 20 minit.

Keadaan berbeza, rasa juga berbeza, tetapi ingatan tetap sama. Kerana ingatan adalah berasal dari keadaan dan rasa yang pernah dinikmati. Saya tidak pernah merasakan kehidupan saya daif, tetapi saya tahu saya bukan orang berada. Saya juga punyai masalah kewangan kadang2, dan banyak keinginan tak dapat dituruti. Tetapi saya pasti tentang ini, saya suka dengan hidup saya di Felda. Malah kalau hampir sebulan saya tidak balik ke rumah, saya semacam sakit kepala. Meski pun Ayah dan Mak saya selalu ke Kuala Lumpur dan saya berpeluang melepaskan rindu dengan Ayah dan Mak juga adik beradik yang lain, tetap juga hendak balik ke rumah itu. Sakit kepala kerana rindu barangkali dengan ingatan itu….maka saya mahu tetap melihat keadaannya dan merasa kenikmatannya hidup di rumah itu...merasa empuknya tilam saya yang tidak begitu empuk itu…..Rumahku, syurgaku.

KENANGAN lalu jangan dilupa

Minggu lalu salah seorang teman sekerja saya adalah seorang yang sudah bekerja selama belasan tahun. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman berkenaan kerjanya juga hidupnya. Selama seminggu mengenalinya secara lebih dekat (sebelum ini kami berjumpa di pejabat dan semasa aktiviti pejabat suatu hari minggu sahaja), saya kira beliau amat gemar bercerita...beliau memang suka bercakap.

Ops...Di sini bukanlah saya hendak memberitahu perihal sifat beliau, tetapi apabila dia bercerita tentang hidupnya puluhan tahun dahulu di kampungnya saya jadi berfikir....

Saya jarang sekali bercerita tentang kisah hidup saya di kampung, semasa saya membesar dahulu kepada rakan2 saya. Padahal kenangan dahulu sangat saya gemari. Apabila beliau bercerita kenakalannya semasa kecil dahulu, beliau ada berkata secara rawak. " M* agaknya nakal jugak kan?ntah2 panjat pokok sana-sini"....huh saya cuma senyum dan berkata, "hah, saya baik!".

Haha..memang saya bukanlah anak yang nakal, ini pada pandangan saya. Tetapi saya lebih teringat kisah2 lalu. Saya bersyukur saya dilahirkan dan dibesarkan dikawasan tempat tinggal saya itu. Ianya sebuah Felda, yang Ayah dan Mak saya berpindah sehari sebelum saya dilahirkan ke dunia ini. Jadi saya mahu mengimbau proses kelahiran saya yang kedua orang tua saya ceritakan.....

Mak saya beritahu, doktor telah memberitahu tarikh jangkaan kelahiran saya. Tetapi saya tidak lahir ke dunia pada waktu itu, walaupun Ayah dan Mak saya telah melambatkan perpindahan mereka selama 1 minggu. Harapan mereka supaya senang proses kelahiran itu. Maklumlah di tempat yang mereka biasa, di Kuala Lumpur pula tu. Jadi kemudahan lebih banyak dari di tempat yang bakal mereka berpindah itu.

Oleh sebab saya masih belum lahir2 lagi, maka Ayah dan Mak berpindah juga. Menurut mereka kawasan keliling rumah masih semak dengan lalang lagi tatkala mereka mula2 sampai.

Esoknya bila tiba hampir saat kelahiran saya- ketika Mak mula menunjukkan tanda2 mahu melahirkan, ayah menaiki motor mahu menjemput bidan desa - Tipah namanya. Tapi Bidan Tipah tak mahu naik motor dengan ayah. Bidan Tipah mahu naik kereta!Oh tentulah bukan salah Bidan Tipah atau pun Ayah kan. Bidan Tipah tentunya takut kerana perjalanan dari rumah Bidan Tipah di Lui Muda itu ke rumah kami dikelilingi pokok2 kelapa sawit dan pokok getah. Jalan tanah merah pula. Bayangkan sahaja kawasan estet, mungkin begitulah kawasan tempat tinggal kami. Ayah pula hanya ada motor dan tidak kenal orang2 lain untuk meminjam kereta sebab baru sahaja dia berpindah ke kawasan baru. Ayah tidak punyai pilihan, terpaksa berpatah balik ke rumah semula untuk mendapatkan kereta. Nasib baiklah Ayah berjaya mendapatkan kereta dengan bantuan seorang penduduk yang baik hati untuk menjemput Bidan Tipah.

Walau bagaimanapun, Mak di rumah telah sampai saat2 kelahiran sebelum Bidan Tipah sampai. Tok (pangilan untuk nenek), saudara dan jiran2 cemas belaka. Mujurlah ada seorang wanita ini - jiran yang rumahnya dibaris hadapan rumah kami ada ketika itu. Dialah yang menyambut kelahiran saya, yang juga pertama kali dia menjadi bidan....

Bidan terjun itu dipanggil Cik Wok. Semenjak membidani kelahiran saya, dia memang menjadi bidan tradisional yang biasa menyambut kelahiran anak2 orang di daerah itu.

Begitulah, bila Allah berkata “Jadi, maka jadilah”. Ditakdirkan oleh-Nya saya dilahirkan di tempat baru itu, dibidani Cik Wok. Kadang2 saya terfikir, saya tidak pernah berkata terima kasih Cik Wok kerana membidani saya dahulu. Padahal jalan balik ke rumah saya mestilah melalui rumah Cik Wok itu. Rumah kami kan di jalan yang sama. Dan kalau saya tak mahu ke rumahnya pun (yang saya tahu saya tak akan pergi setakat ini kot), saya boleh berkata terima kasih itu bila kunjungannya ke rumah kami semasa kenduri-kendara atau pun kunjugan Hari Raya, ataupun semasa berjumpanya di mana2 majlis….owh alangkah baiknya saya....

Jadi di sini sahajalah saya mahu berkata:

Terima Kasih Mak kerana melahirkan saya.

Terima Kasih Ayah sebab berusaha mencari bidan untuk kelahiran saya.

Terima Kasih Cik Wok sebab membidani kelahiran saya.

Terima Kasih Bidan Tipah kerana sampai kemudian dan mengambil alih tugasan daripada Cik Wok – memotong tali pusat saya dan sebagainya.

Terima Kasih saudara yang keretanya dipinjam Ayah.

Terima Kasih Tok yang datang dari Kedah, adik-beradik, saudara-saudari, jiran2 dan semua orang yang membantu, atau pun yang memanjatkan rasa syukur apabila saya selamat dilahirkan, atau pun yang cuma menanti semasa kelahiran saya.

Terima Kasih Ya Allah kerana menyenangkan proses kelahiran saya. Saya lahir sebagai seorang insan yang normal dan cukup sifat ke dunia ini.

Maka dengan rasminya, kod kad pengenalan saya apabila mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara pada usia 12 tahun adalah 05 –iaitu Negeri Sembilan tempat kelahiran saya.


Nota: M* adalah nama saya dan nama betul saya setakat ini belum lagi di-publish-kan. Mungkin di masa depan akan diberitahu.

Wednesday, March 16, 2011

SUDAH menerima

Saya pernah kata saya tidak benci kerja saya. Ya benar..malah saya semakin boleh menerimanya. Ini adalah tugas dan tanggungjawab saya, maka saya perlu dan berhak menyakiti orang lain. Bukan suka2 saya melakukannya, tetapi supaya orang itu akan lebih baik dalam menjalankan pekerjaannya.
Bagi saya adil juga kerja ini. Sebabnya setiap dari kita yang melakukan sesuatu pekerjaan itu perlu ada panduan yang dipatuhi dan kemudian ada pihak lain yang independent mengesahkan bahawa dia mematuhi panduan itu. Seperti juga dosa dan pahala, halal dan haram hukum Allah itu. Kitab Al-Quran adalah panduan umat Islam sejagat. Rasulullah saw diutus Allah untuk mengajar sekalian hamba-Nya tentang Islam.
Maka saya berfikir pekerjaan saya ini bukanlah kejam, asalkan saya sendiri tahu apa baik buruknya. Asalkan saya tidak mencari salah orang sahaja, tetapi mahu kan orang itu semakin menjadi baik, demi dirinya dan juga organisasi kami.
Saya fikir semakin menyukai pekerjaan saya ini petanda baik untuk saya, orang lain dan juga organisasi kami. Saya harap saya maju ke hadapan, tanpa lupa di mana pernah saya berpijak. Kerana saya BULAN, maka cahaya akan bersama saya. Dan tahukah anda bulan itu pantulkan cahaya Matahari? Saya kira itu tandanya bulan itu adalah orang tengah antara Matahari dan Penduduk Bumi tatkala malam tiba. Dan sepertinya bulan di langit, ada kalanya ia terang purnama, adakala dilindung awan, atau pun tidak menjelma langsung. Itulah lumrah hidup, seperti juga saya.
InsyaAllah, saya akan sentiasa dilindungi-Nya sepanjang saya melakukan tugas saya. Dia selalu ada, walaupun tatkala saya lupa pada-Nya.....semoga kita semua hamba-Nya menjadi lebih baik.

Note: Maaf saya bukan membandingkan situasi saya dengan situasi Rasulullah saw ataupun perihal Al-Quran ya. Sekadar menginsafi betapa Baginda lagi besar tanggungjawabnya. Apalah setakat hendak dibanding dengan saya ini yang belum pun berjaya menjadi khalifah untuk diri sendiri...