Tuesday, April 12, 2011

TERKENA juga!

Ini ada satu cerita yang saya ingin coretkan disini tetapi hampir sahaja terlupa. Cerita tetang saya kena penalti meletakkan kereta di depan pusat beli-belah, Sogo. Ceritanya saya ingin membeli beg beroda yang bersaiz lebih kecil dari beg yang ada di rumah. Memandangkan saya selalu outstation, saya memang perlukan beg begitu. Petang itu selepas balik dari kerja saya bercadang ke Sogo. Saya fikir adalah lebih elok pergi mengambil kereta dahulu dan parking di sebelah Sogo sahaja. Jadi saya ke Campbell yang jaraknya tidak jauh juga dari Sogo itu. Hari hujan, jadi saya fikir tidak mengapa parking di tempat larangan. Sejam selepas itu, setelah membeli sehelai baju dan beg beroda, saya keluar dan tidak menjumpai kereta saya!!!!arg...mesti kena tow dah ni...fikir saya. Saya pun bertanya pada polis peronda yang ada di situ. Dia menyuruh saya pergi ke balai polis berdekatan untuk memastikan kereta saya ditunda atau pun hilang...Wah macam ini pun boleh hilang....tidak mungkin...sabar jangan panik..itu saya cuba tahan. Saya pun pergilah dan memaksa polis bertugas menyiasat tentang kereta saya. Saya terpaksa memaksanya kerana saya tidak ada pilihan. Geram juga saya bila dijawabnya tidak ada laporan. Bila saya suruh telefon tanyakan Majlis Bandaran dijawabnya tidak ada nombor. Apa relevan ke jawapan itu. Inikan balai polis. Hisy...saya kena tetap cool, mahu knta tolong la katakan... Saya cakap saya orang awam yang perlukan bantuan. Mesti tolong saya, kalau tidak saya tunggu saja di balai sampai esok. Jadi polis itu telefon dan memang pasti kereta saya ditunda Majlis Bandaran di pejabat di Jinjang. Saya mengambil teksi dan menuju ke tempat kereta saya ditunda. Kata pegawai di Majlis Bandaran, saya boleh ambil kereta setelah membayar kompaun sebelum jam 10 malam. Owh waktu itu sudah jam 9.10 malam, jadi masih sempat. Setelah sampai ke tempat kereta ditunda dan menemui pegawai, saya dikenakan kompaun dengan potongan 50 peratus. Nasib baiklah, kerana jika terpaksa bayar penuh saya pasti tidak cukup wang di dalam bank. Saya memang kekurangan wang waktu itu. Bagaimanapun, wang yang ada didalam bank saja. Bank berdekatan ialah Maybank di depan Pejabat Bandaran saja tetapi seorang pegawai yang sudah habis tugasnya menumpangkan saya dengan keretanya. Mengikutnya, bahaya kawasan itu banyak kes ragut. Selepas itu saya pun berjaya mendapatkan kembali kereta saya. Huh, redha sajalah bukan rezeki saya wang itu. Saya lega kerana Batman sudah dapat saya bawa balik. Sorry Batman, lain kali tidak akan tinggalkan kamu merata-rata tempat lagi. Salah saya, jadi saya terima akibatnya. Dan kali ini perangai suka hati saya parking di mana-mana itu memang terkena!

SAME place

Walaupun last nite saya bercadang nak makan di tempat lain, tetapi malam ni pun saya dinner di tempat yang sama. Padahal masa di Branch tadi siap bertanya arah jalan dan menyuruh seorang staff melukis peta lagi untuk ke tempat makan yang popular di sini. Saya lupa nama tempat itu yang jaraknya menurut mereka hanyalah 4 kilometer. Tak apalah, mungkin esok lusa boleh cuba kalau ada rezeki. Jadi tadi saya makan nasi lemak berlauk rendang ayam ditemani BM Genting. Roommate saya dan rakan2 yang lain masih belum pulang dari branch mereka.

Monday, April 11, 2011

PI mai pi mai tang tu

Saya di Masai, Johor sekarang. Lebih tepat lagi, di Bandar Seri Alam. Tadi selepas balik dari kerja, terus siap2 keluar hendak pergi makan. Saya dan kawan2 menaiki sebuah MPV. Punyala kami pusing 3-4 kali jalan yang sama...last2 sekali makan di gerai yang dekat dengan hotel yang kami tinggal. Ini jalan kaki sahaja sampai...hehe. Takpela, cuba lagi cari jalan malam esok pula. Nite!

Sunday, April 10, 2011

KEDUA Kalinya

Sekarang saya dah sampai di lokasi untuk assignment outstation saya yang ke-2. Di mana tempatnya? Esok saja saya ceritakan kerana ianya adalah rahsia..hehe... Heh bukan suka-suka saya nak berahsia la. Hari pertama kunjungan audit kami memang surprise...surprise check. Bertolak pukul 3 petang tadi dari Kuala Lumpur dan sampai di lokasi sekitar jam 8.30 malam. Highway tadi agak jammed dan ada beberapa kemalangan kecil yang melambatkan pergerakan. Maklumlah hujan menyebabkan jalan licin barangkali. Saya sebilik dengan seorang rakan sekerja, gadis Tionghua yang baik hati. Syarikat kami menempah penginapan di sebuah hotel baru yang cukup kemudahannya dan selesa. Saya tak pasti pula berapa bilangan bintangnya. Sesudah check-in bilik, kami keluar makan malam. Seperti biasalah, hari pertama sampai makan di lokasi dekat sahaja. Hanya berjalan kaki ke restauran mamak. Mana-mana pun mamak boleh buat bisnes kan...saya makan roti nan saja kerana perjalanan jauh biasanya buat saya kurang berselera hendak makan nasi. Dan seperti biasalah, ada seorang kawan ini akan memerli saya kerana kurang gemar makan kari-kari mamak itu. Katanya saya orang Amerika..haha...macam2... Sarapan pagi disediakan, jadi tak susah hendak keluar esok pagi mencari makan. Saya hendak tidur dulu kerana mahu bangun awal pagi esok. Letih perjalanan tadi pun belum hilang.

Friday, April 8, 2011

DAY off

Hari ini saya ambil cuti kerana saya berasa ingin berehat. Semenjak kerja pada bulan January 2011, belum pernah saya ambil cuti. Bangun pagi saya basuh baju2 saya dan jemurkan. Kemudian saya mendapat panggilan dari office untuk datang mengambil laptop saya yang dihantar format. Jadi saya pergi ke office dahulu sebelum keluar berjalan-jalan.


Saya ke Tropicana City Mall. Selepas memakir kereta saya terus ke panggung wayang dengan niat hendak menonton Merong Mahawangsa. Menurut petugas kaunter, filem itu tidak ditayang di sana. Jadi saya pergi mencari makan kerana memang sangat lapar dan waktu lunch pula tu. Saya mencuba sebuah restaurant makanan Jepun dan memilih set lunch "bento Salmon".






Seterusnya saya ke The Curve pula dengan niat untuk menonton Merong Mahawangsa juga. Malangnya tidak ada tayangan jadi saya memilih menonton Rio de Jenairo, filem animasi kisah burung kakak tua. Nasib baik saya memang peminat filem animasi, jadi memang layan la.


Destinasi berikutnya ke Giant Kota Damansara untuk membeli sabun pencuci muka yang di jual di sebuah gerai di sana. Saya juga teringin hendak makan kek coklat lava di Secret Recipe. Jadi saya makan tetapi muak pula dah makan tu walaupun lava melimpah keluar seperti yang saya mahukan.

Balik ke rumah sewa, saya kemaskan baju2 dan barang untuk outstation ke-2 saya dan akan bertolak Ahad nanti. Ok saya mahu ke rumah kakak saya di Kajang sekarang. Tidur di sana malam ini dan esok.




BALIK Rumah

Selepas balik dari outstation di Penang, saya terus balik ke kampung di Negeri Sembilan pula. Saya memang akan katakan "balik rumah" kerana "balik kampung" saya maksudkan pulang ke kampung Mak dan Ayah saya di Kedah.

Kakak saya masak char kuey teow yang agak sedap juga rasanya dan juga agar-agar kelapa. Kak Yong ni memang agak rajin masak di rumah dan suka mencuba resipi baru.


Saya juga teringin makan durian kerana terliur melihat buah-buahan itu yang dijual di perhentian rehat di highway semasa perjalanan pulang dari Penang. Tambahan pula semasa di Penang kawan2 asyik bercakap soal makan durian.

Akibat makan durian, 2 hari badan saya terasa panas.

Saturday, April 2, 2011

FIRST Outstation

JOB outstation saya yang pertama ialah ke Penang Island. Ianya job selama 5 hari. Pekerjaan saya sebelum ini hanya pernah ke luar KL/Selangor sebanyak 2 kali iaitu ke Seremban, Negeri Sembilan dan Kemaman, Terengganu untuk asimen separuh hari. Tidak pernah saya overnight.

Saya bertolak ke Penang pada petang Ahad 27 Feb 2010 sehingga Jumaat 1 Mar 2011. Saya pernah ke Penang sekali semasa saya kecil dan tiada memori tentang lawatan itu. Yang membuatkan saya tahu saya pernah ke Penang semasa kecil adalah 1 gambar famili lama. Kemudian 2 kali semasa bulan December 2010. Pertama ke rumah abang bersama ahli keluarga yang lain dan kedua bersama kawan2 ke majlis perkahwinan housemate saya, Ila. Jadi ini kunjungan ke-4 saya.

Penang memang terkenal dengan tempat2 makan. Walaupun saya bukan peminat nasi kandar, tapi saya memang cadangkan anda kunjungi 1) Line Clear 2) Nasi Kandar Beratur 3) Kassim Mustaffa. Cuba juga makan sup di retaurant Sup Hameed di Penang Road yang terkenal itu ya. Saya hampir pitam keesokkan hari kerana makan sup kambing. Huh dah tahu tak boleh makan, kenapalah saya makan ya? Kalau nak makan pasembur dan Kuey Teow pergilah ke Padang Kota ataupun ke Jalan Gurney. Jangan lupa cuba Mee Sotong dan Ais Kacang. Ada lagi tempat2 lain yang saya tidak ingat nama kedai dan tempatnya. Gambar di bawah adalah menu roti Nan Cheese ayam tandoori di 1 kedai yang client belanja saya dan kawan2 sekerja makan. Saya tak ingat di mana tetapi ianya terkenal dengan briyani claypot dan roti nan. Kalau tak silap saya ianya restaurant Kapitan di Chulia Street. Sedap sekali!

Kalau hendak beli barang2 silalah ke Queensbay Mall, Plaza Gurney, Bukit Jambul dan Night Market. Anda juga boleh membeli sari dan rempah atus di jalan2 sekitar yang mungkin dikenali sebagai Little india. Boleh juga anda beli buah-buahan jeruk Pak Ali yang saya tidak tahu di mana. Maafla, saya tidak ingat. Kunjungi juga Hard Rock ya. Saya ke Hard Rock hanya untuk ambil gambar saja semasa ke Penang December lepas hehe.

Tapi kali ini perjalanan lain sedikit dari kunjungan sebelumnya kerana saya suka sekali dengan struktur bangunan2 lama era British di Penang. Ini kerana saya dapat melihat pemandangan unik semasa saya berjalan kaki untuk keluar lunch dengan kawan2 sekerja kerja saya di lokasi kami, Tanjung Bungah. Bangunan restaurant Subway putih dan hijau memang cantik. Bangunan Standard Chartered juga saya suka. Tapi saya tidak ambil banyak gambar. Yang dapat saya ambil adalah bangunan sebelah office kami iaitu di bawah ini:

Kemudian bangunan ini yang saya lupa di mana. Mungkin semasa saya keluar makan nasi lemak pada suatu pagi.

Best memang best, macam berjalan di Perth, London dan Russia hahahahah...Tapi nampaknya Isnin depan lebih best kerana kenalah saya bersungguh-sungguh siapkan kerja2 di office nanti. Sekian.

SEDAP ikan bakar

Gambar di atas ialah hidangan ikan bakar di restaurant Sekinchan Ikan Bakar, Kota Damansara. Lokasinya di The Strand. Saya mahu order set lunch tetapi tiada pada hari itu. Jadi kami order ikan pari dan ikan cencaru. Bil untuk 3 orang lebih kurang RM45. Hehe saya tak tahu pula harganya agak mahal tapi memang sedap. Saya sudah fikir untuk membawa famili saya nanti, InsyaAllah. Saya lunch bersama RoZ and OG pada 27 Feb 2011 sebelum mereka menghantar saya ke MBC, KL untuk saya bertolak ke Penang.